sahabat..


Kenapa susah nak cari sahabat yg baik???
Persoalan demi persoalan di lontarkan oleh ramai manusia.Dan baru kejap tadi ana terpanggil memberi komen pada seorang adik.Sebak rasa di hati tatkala memberi kata-kata perangsang.Teringatkan zaman jahiliyyah ana yang penuh kehitaman,terhumban di dalam kancah kegelapan.Dan akhirnya di selamatkan dengan hidayah ALLAH.
“Barangsiapa di kehendaki ALLAH akan mendapat hidayah(Petunjuk),DIA akan mmbukakan dadanya utk menerima islam.Dan barangsiapa dikehendakiNYA mnjadi sesat,DIA jadikan dadanya sempit dan sesak,seakan-akan dia(sedang) mendaki ke langit. (Al-An’am ayat 125)
Bukan kerana kemegahan mahupun perasaan riak,(nauzubillah)..tetapi tidak sanggup melihat dan mendengar rintihan-rintihan Hamba ALLAH yang jauh dari cahaya illahi.Tidak sanggup rasanya diri ini membiarkan mereka di dalam kegelapan seperti zaman jahiliyyah ana dahulu.
Bagaimana diri ini sangat jauh dari cahaya itu.Cahaya yang menerangi hidup setiap insan.Dan itulah peranan setiap dari kita yg memperoleh hidayah.Bantulah mereka yg memerlukan hidayah ALLAH.
Bantulah dgn apa cara sekalipun kerana mereka memerlukan cahaya itu.
Persoalan mendapatkan sahabAt sejati..
Memang tidak di nafikan memang sukar untuk memperoleh sahabat sejati sesetia Abu Bakar r.a.Maka solutionnya seperti juga perempuan yg baik utk lelaki yg baik(An-Nur ayat 26).
Hendak atau tidak,maka kitalah kena menjadi solehah,baru akan memperoleh solehah juga.
Lihatlah akhlak Rasulullah.s.a.w yang sangat indah menyebabkan ALLAH kurniakan baginda sahabat-sahabat yang sangat setia tetapi kerana ALLAH.Dan walaupun begitu,baginda masih di uji ALLAH dengan sahabat yang bertalam dua muka dan gunting dalam lipatan seperti Abdullah B.Ubay,Bapa Munafiq,yang mana sentiasa bersolat di belakang Rasulullah.s.a.w,tetapi dialah menjadi dalang untuk menjatuhkan Rasulullah.s.a.w.Kelak,di akhirat ,munafiq2 menjadi kayu bakar api neraka.
Dan seringkali kita,sebagai manusia merintih tatkala di kenakan oleh kawan sedangkan kita banyak berjasa kepadanya.Maka kembalilah semula kepada sifat manusia itu sendiri.
Allah telah berikan rezeki,berikan udara untuk bernafas,berikan kesenangan hidup,result yang gempak,tetapi apakah yang di lakukan oleh manusia tersebut?
“Dan apabila Kami berikan nikmat kpd manusia,dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong,tetapi apabila di timpa mala- petaka,dia banyak berdoa”-Fussilat ayat 51
Dan sifat manusia terhadap Sang Pencipta Yang Maha Mengasih Lagi Maha Penyayang adalah melupakan jasa –NYA..inikan pula kita yang hanya juga manusia biasa ini.So,tidak akan pelik fenomena kawan makan kawan kerana itulah sifat manusia yang tidak mengenal Pencipta.
Cuma,bagaimana untuk menenangkan hati tatkala di kenakan ,di sakiti hati?
Maka,inilah peranan Al-Quran.Mengapa dengan mengingati Allah Hati akan menjadi tenang(Ar-Ra’d ayat 28)?
Kerana dengan mengingati ALLAH,iaitu memahami kalamullah maka tiada kegusaran kerana kita memahami dunia pentas lakonan ini.
Inilah masyarakat islam hari ini yang jauh dari Al-Quran akibat buatan oreintalis barat dan juga pemikir-pemikir ideology.seperti Kamal Ar-Tartuk yang mengharamkan penggunaan bahasa Arab sehinggakan azan di lagukan dengan bahasa Turki.Dan itulah juga jasa Panglima Tentera Salib Kristian yang mengatakan.. “Kita tidak akan Berjaya mengalahkan umat Islam selagi mereka berpegang dengan Al-Quran dan hadith”.Maka selepas itu,bagaimana mereka menjatuhkan empayar Cardoba yang ketika itu hamper runtuh?...Mereka memberikan rokok dan arak secara percuma kpd umat islam dan memasang muzik di setiap lorong di perkampungan orang islam sehinggakan mereka asyik dengan hiburan dan terlupa kepada ajaran Al-Quran.Dan umat Islam di perbodohkan ketika 1 APRIL yang mana pihak kristian berjanji menyediakan kapal beserta bekalan makanan utk menghantar mereka pulang ke Tanah Arab..Tetapi ketika kapal hampir sampai ke pelabuhan,maka mereka membakar kapal tersebut dan membunuh semua umat islam.Maka terjadilah sejarah APRIL FOOL.!!
Lalu jadilah sehingga masyarakat hari ini yang tidak mengenal Al-Quran.Dan sukarlah untuk mencari sahabat sejati sesetia Abu Bakar .r.a.
Apakah peranan para sahabatku yang memahami AL-Quran dan tujuan hidup di dunia ini?
Sungguh,orang-orang yg menyembunyikan apa yang Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam kitab( Al-Quran),mereka itulah yang di laknat ALLAH dan dilaknat pula oleh orang yang melaknat-(Al-Baqarah 159)
Maka ana merayu dan menyeru kepada para sahabat.ayuhlah kita sebarkan pengetahuan kita,seru para masyarakat yang tidak mengetahui dengan cara berhikmah.Dan inilah peluang kita.Mengapa Allah tidak jadikan kita umat yang satu?..kerana DIA ingin memberi peluang kpd kita beroleh keredhaan-NYA.
Jika kita terpilih mendapat hidayah,mengapa tidak membantu mereka yang mengharapkan dan tercari-cari hidayah ALLAH.
Jadilah mujahid/ah yang dirinya di infakkan utk ALLAH,dirinya utk masyarakat yg dahagakan cahaya illahi.
-HIDAYAH MILIK ALLAH-
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "sahabat.."

Post a Comment